Teknologi maklumat bersifat global dan sentiasa berkembang
dengan pesatnya. Blog, web dan media sosial juga adalah satu contoh teknologi
yang sedang melalui era perkembangan. Dengan kemudahan capaian talian internet
dan kemudahan untuk membangunkan blog secara percuma, teknologi ini banyak
digunakan dalam bidang pendidikan. Memang tidak dapat dinafikan teknologi ini
mempunyai potensi yang besar dalam sistem pendidikan pada masa kini. Namun
kehadiran teknologi ini tidak mencukupi tanpa mempraktikannya. Dengan menggunakan
bahan bantu belajar dan mengajar yang efektif, guru boleh mengaplikasikan
kecanggihan teknologi dalam bilik darjah. Guru juga perlu mempunyai kemahiran
untuk menilai, memilih, mengolah dan melaksanakan aktiviti yang berkaitan
dengan teknologi secara berkesan. Perancangan yang teliti adalah perlu kerana
kelebihan dan kecanggihan teknologi ini tidak terletak pada teknologi itu
sendiri, tetapi bergantung kepada kreativiti dan usaha guru itu sendiri untuk menjadikan
teknologi itu dapat memberi impak yang cemerlang dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah.
Dalam bidang pendidikan penggunaan blog sering menimbulkan pelbagai polemik yang diperdebatkan, ini kerana dalam dunia teknologi maklumat pada masa kini, kita sering dihujani dengan pelbagai maklumat yang begitu banyak. Dengan kemudahan untuk mengakses talian dan menyalurkan maklumat kedalam blog tanpa kawalan daripada pihak tertentu, kadangkala kesahihan maklumat yang disalurkan tidak dapat dipastikan. Pengguna bebas untuk menggunakan blog dan menyalurkan maklumat tanpa batasan. Amat penting bagi kita untuk menguruskan maklumat-maklumat ini supaya ianya dapat memberi kepentingan kepada kita. Jika tidak maklumat ini tidak dapat digunakan untuk kebaikan dan tidak dapat memberi apa-apa manfaat kepada kita. Selain itu amalan plagiat maklumat dalam blog turut memberi impak buruk terhadap pengguna teknologi, kesan daripada amalan plagiat ini akan menyebabkan wujudnya pertindihan maklumat dan membuatkan pengguna lain keliru tentang kesahihan maklumat yang disampaikan. Pendedahan kepada murid tentang penggunaan teknologi internet ini perlu dibuat pada peringkat awal untuk mengelakkan salahguna teknologi yang akan memberi kesan buruk pada masa akan datang.
Dalam bidang pendidikan, tiada batas yang ditetapkan terhadap
kreativiti guru untuk mengolah bahan bantu mengajar yang dapat membantu proses
pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan teknologi di dalam bilik darjah amat
digalakkan seiring dengan kecanggihan teknologi maklumat pada masa kini. Penggunaan
teknologi blog dilihat mempunyai kebaikan dan juga keburukan terhadap proses
pembelajaran murid, namun guru perlu menggunakan kemahiran dan kreativiti untuk
memastikan pembelajaran murid melalui blog dapat mencapai objektif yang
ditetapkan dan mengurangkan risiko keburukan terhadap penggunaan blog. Sebagai
asas dan panduan kepada guru, model reka bentuk ASSURE boleh digunakan sebagai
panduan untuk guru mengendalikan pengajaran yang melibatkan penggunaan media.
Penyesuaian ini dapat dilakukan berasaskan model reka bentuk tersebut bagi
memilih dan menggunakan media pengajaran secara umum. Terdapat enam langkah
penting dalam model Assure yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Perancangan pengajaran yang rapi dan tersusun akan menghasilkan
pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan berkesan.
Berdasarkan
model Assure, enam langkah utama adalah merangkumi perkara berikut:
S – State objective (menyatakan objektif)
S – Select method (memilih kaedah, media dan bahan sumber pengajaran)
U - Utilize media and material
R – Require learner perticipation (memerlukan penglibatan murid yang aktif)
E – Evaluate and revise (Penilaian dan penambahbaikan)
Saya telah membangunkan sebuah blog dengan memasukkan 10
keping gambar yang telah saya rakam dengan menggunakan kemahiran teknik dan
komposisi fotografi didalam blog tersebut. Subjek utama dalam gambar tersebut
adalah figuratif seorang kanak-kanak, gambar ini dirakam bagi tujuan
pembelajaran yang berkaitan dengan mata pelajaran pendidikan seni. Saya juga
menggunakan teknologi blog sebagai landasan dimana blog tersebut akan digunakan
untuk membantu proses pembelajaran murid. Namun sebelum memulakan pengajaran,
saya menjadikan model Assure sebagai panduan bagi saya merancang strategi dan
bentuk pengajaran. Sebelum memulakan pengajaran, langkah pertama yang perlu
dibuat mengikut model assure ialah membuat analisa terhadap setiap murid
didalam kelas. Perkara ini amat penting kerana melalui analisa ini saya dapat
mengenali dan memahami ciri-ciri murid, tahap pengetahuan berkaitan penggunaan
teknologi dan internet, pengalaman sedia ada dan gaya pembelajaran murid kerana
setiap murid mempunyai tahap yang berbeza di antara satu sama lain.
Maklumat-maklumat melalui analisa ini boleh dibuat melalui pemerhatian semasa
proses pengajaran dan pembelajaran, soal jawab secara santai bersama murid,
serta temubual bersama ibu bapa penjaga. Maklumat daripada analisa ini perlu
diberi perhatian sebelum menggunakan blog sebagai media pengajaran dan
pembelajaran murid. Misalnya murid yang berasal daripada keluarga yang
berkemampuan sudah pasti mempunyai kemudahan teknologi dan talian internet di
rumah berbanding murid yang tidak berkemampuan. Secara tidak langsung wujud
perbezaan berkaitan pengetahuan murid terhadap penggunaan teknologi. Penggunaan
blog akan memberi kelebihan kepada murid yang lebih berkemampuan. Namun bagi
mengatasi masalah perbezaan ini, kita boleh menyediakan kemudahan capaian
internet kepada murid yang tidak berkemampuan di luar waktu sekolah, contohnya
membuat kelas tambahan di bilik multimedia di sekolah. Maklumat analisa murid
sanga penting kepada guru dalam menentukan bentuk media pengajaran yang akan
digunakan, selain daripada menyediakan kelas berbentuk pemulihan dan pengukuhan
kepada murid melalui media yang telah dipilih.
Setelah analisa dibuat untuk mengetahui tahap, pengalaman
dan kemampuan murid menggunakan teknologi, langkah seterusnya ialah menyatakan
objektif pengajaran yang hendak dicapai terhadap pembelajaran melalui blog.
Objektif pembelajaran tetap perlu diambil daripada sukatan pelajaran yang telah
ditetapkan oleh kementerian pelajaran malaysia, manakala objektif penggunaan
blog hanyalah sebagai bahan bantu mengajar yang diolah dalam bentuk teknologi
multimedia. Ketika merancang objektif, penelitian terhadap tingkahlaku murid
perlu diberi perhatian kerana sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran,
perubahan tingkah laku murid adalah keutamaan dalam mencapai objektif yang
ditetapkan. Objektif ini perlu ditetapkan dengan jelas dan boleh dilihat
perubahan tingkah laku serta dapat dicapai. Sebagai contoh, sebelum pengajaran
saya telah menetapkan objektif pengajaran bahawa murid dapat memahami elemen
prinsip seni yang terdapat didalam gambar dari blog yang telah dibangunkan.
Selain itu saya juga menetapkan objektif agar murid dapat memahami cara untuk
mengakses blog yang telah disediakan, objektif ini bertujuan untuk memberi
peluang kepada murid membuat pengukuhan dan ulangkaji sekiranya mempunyai
kemudahan internet di rumah.
Aturan ketiga dalam model Assure ialah Select method yang
membawa maksud memilih kaedah, media dan bahan sumber pengajaran. Bagi langkah
ini saya perlu memilih kaedah dan bahan yang bersesuaian dengan pembelajaran
pendidikan seni visual. Pemilihan gambar serta subjek perlu bertepatan dengan
objektif yang telah ditetapkan. Keupayaan murid, kumpulan serta objektif
perlulah bersesuaian dengan konsep media yang dipilih. Pemilihan gambar serta
subjek yang dimasukkan ke dalam blog perlu diubahsuai untuk menghasilkan sumber
pengajaran dan pembelajaran dimana bahan sumber merujuk kembali kepada fokus
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan subjek perlu menarik bagi
merangsang minat murid untuk melibatkan diri secara aktif.
Langkah keempat adalah satu bentuk penilaian guru terhadap
media yang akan digunakan dalam pengajaran samaada memberi rangsangan yang baik
atau sebaliknya. Utilize media and material ialah menggunakan bahan dan media.
Saya perlu menyemak dan mengkaji samaada bahan sumber yang saya akan gunakan
sesuai dengan persekitaran bilik darjah. Contohnya penggunaan blog dalam
pengajaran di bilik darjah, saya perlu memastikan kesesuaian persekitaran
dengan penggunaan projektor di tempat terbuka yang akan membataskan penglihatan
murid. Saya perlu menyesuaikan alatan yang akan digunakan dengan persekitaran.
Dalam aspek menyelesaikan masalah penggunaan bog saya, pembelajaran boleh
dilaksanakan di tempat tertutup contohnya di bilik khas sekolah seperti bilik
tayangan, bilik multimedia dan sebagainya.
Require
learner participation adalah langkah kelima dalam model assure iaitu merancang
sesuatu aktiviti pengajaran yang akan menarik minat murid untuk melibatkan diri
secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan subjek yang
menarik dan bersesuaian dengan minat murid akan lebih menarik minat murid. Saya
perlu membuat penambahbaikan blog yang dihasilkan dengan memasukkan
elemen-elemen multimedia seperti animasi atau lagu yang akan merangsang minat
murid. Animasi kartun semasa yang diminati oleh murid seperti upin ipin mungkin
boleh digunakan sebagai penghias blog. Animasi kartun yang disesuaikan dengan
subjek gambar akan mencetuskan perbincangan dikalangan murid. Lagu-lagu popular
dikalangan murid juga boleh dimasukkan sebagai bunyi latar ketika proses
pengajaran dan pembelajaran agar keselesaan dapat diwujudkan dalam persekitaran
pembelajaran. Ini sekaligus dapat memudahkan saya untuk menilai tingkah laku
dan pemahaman mereka terhadap pembelajaran dalam langkah yang seterusnya. Saya
juga boleh merancang pembelajaran secara koperatif untuk meningkatkan
keseronokan murid melalui perbincangan mereka.
Langkah
terakhir dalam model Assure ialah penilaian dan pengubahsuaian iaitu Evaluate
and Revise. Peringkat ini adalah satu perkara penting dalam sesuatu langkah
kerana saya perlu mendapatkan maklum balas dan penilaian yang di buat oleh
murid. Satu sesi refleksi perlu dijalankan bersama-sama murid untuk mendapatkan
maklum balas terhadap pemahaman dan penguasaan pembelajaran yang baru di
lakukan. Beberapa bentuk persoalan perlu digunakan dalam sesi refleksi untuk
dibuat penilaian dan seterusnya pengubahsuaian. Saya perlu tahu dalam sesi ini,
adakah objektif pengajaran saya dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan tercapai?. Saya juga perlu mengetahui, adakah media blog dan bahan
sumber yang saya gunakan dapat membantu murid menguasai kemahiran?
Persoalan-persoalan ini amat penting bagi saya mendapatkan maklumat yang teliti
berkaitan objektif, bahan dan sumber serta tahap pencapaiannya dalam pengajaran
saya. Melalui sesi ini juga saya dapat menilai kelebihan dan kelemahan serta
kekuatan yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran saya, saya juga dapat
membuat pengubahsuaian dan penambahbaikan bagi pengajaran dan pembelajaran
seterusnya.
Tanpa perancangan
yang lengkap dan sistematik, seseorang guru itu tidak
akan
dapat mencapai objektif dalam penggajaran. Semua guru yang
melaksanakan
tugas mereka dengan jujur dan penuh minat akan sentiasa
memikirkan
apa yang perlu dilakukan dan bagaimana mereka merancang untuk
melaksanakannya.
Justeru itu, Proses Pengajaran dan Pembelajaran perlu
dirancang
dengan teliti untuk memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran
yang
dirancang tercapai. Setiap strategi dalam pengajaran memerlukan guru membuat
perancangan baik dari aspek penggunaan mahupun aplikasi murid. Penggunaan blog
sebagai bahan bantu mengajar satu aplikasi teknologi yang baik kepada murid
kerana murid dapat mempelajari perkara berkaitan dengan teknologi di sekolah,
serta dapat membuat pengukuhan di rumah sekiranya mempunyai kemudahan capaian
internet dirumah dengan bimbingan ibu bapa penjaga. Bimbingan ibu bapa amat
perlu untuk memastikan masalah penyalahgunaan teknologi dapat dielakkan.
Model ASSURE boleh
digunakan untuk membantu guru merancang dan melaksanakan
pengajaran
blog dalam bilik darjah kerana hanya dengan perancangan pengajaran yang
berkesan
membolehkan murid memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap
yang
diharapkan disamping mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan rasa hormat
mereka
terhadap guru sekaligus membantu membina disiplin yang positif melalui
proses
pengajaran yang sistematik dan menarik. Penjelasan di atas jelas menunjukkan
bahawa Model Rekabentuk ASSURE mengandungi elemen-elemen penting yang boleh
dijadikan satu panduan untuk merancang pengajaran agar matlamat utama yang
diharapkan dari pengajaran tersebut dapat dicapai. Melaluinya juga guru dapat
mengintegrasikan ketiga-tiga aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam
proses penyampaian ilmu yang perlu dilakukan secara berterusan untuk melahirkan
murid yang berfikiran kritis dan kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani,
jasmani dan emosi seperti yang dikehendaki dalam Falsafah Pendidikan Negara