TEKNIK DAN KOMPOSISI FOTOGRAFI 2




RULE OF THIRD



















File name                  : Rule of third.jpg 
Date created             : 08/15/2013 4:26:25 pm 
Date Modified           : 25/02/2015 12:12:14 pm 
Dimension                : 3264 x 2448  
Resolution                : 72ppi 
Iso                            : 50/200 
Exposure mode        : Auto 
Brightness Value      : 5.97 
Max Aperture value : f/2.6 
White balance           : Auto

Rule of third merupakan satu asas disiplin untuk menentukan komposisi menjadi seimbang. Keseimbangan dalam bentuk ruang perlu diwujudkan bagi mengelakkan berlakunya tension space atau ruang yang memberi tekanan hingga mewujudkan ketidakseimbangan dalam gambar. Aturan dalam teori fotografi mengatakan keseimbangan tidak hanya wujud apabila subjek berada di tengah-tengah gambar. Selain itu tidak juga menjadi kesalahan sekirannya subjek diletakkan di bahagian sepertiga gambar. Rule of third merupakan satu teknik komposisi dimana objek diletakkan diantara garis bersilang dibahagian garisan sepertiga gambar. Komposisi ini menjadikan gambar lebih mempunyai cerita apabila sepertiga ruang dalam gambar dijadikan latar belakang dan hanya satu ruang digunakan untuk difokuskan pada subjek. Komposisi ini juga menekankan prinsip keseimbangan seni sebagai asas dalam mewujudkan keseimbangan subjek dalam ruang. 


CLOSE UP



















File name                 : Rule of third.jpg 

Date created             : 08/15/2013 4:26:25 pm 

Date Modified           : 25/02/2015 12:12:14 pm 
Dimension                : 3264 x 2448   
Resolution                : 72ppi 

Iso                             : 50/200 

Exposure mode       : Auto 

Brightness Value     : 5.97 

Max Aperture value : f/2.6 
White balance          : Auto

Close up adalah teknik komposisi yang mengutamakan imej subjek dari jarak yang dekat, teknik ini juga bertujuan untuk merakamkan subjek secara terperinci, bahagian latar belakang tidak diberikan tumpuan. Teknik menangkap gambar ini juga baik digunakan untuk merakamkan ekspresi terutamanya pada subjek figura manusia. Ketelitian pada kerutan dan permukaan akan kelihatan lebih jelas.


MEDIUM CLOSE UP (FOKUS JARAK SEDERHANA)















File name                 : Medium Close up.jpeg
Date created             : 08/15/2013 4:26:25 pm 

Date Modified           : 25/02/2015 12:12:14 pm 

Dimension                : 3264 x 2448   
Resolution                : 72ppi 

Iso                             : 50/200 

Exposure mode       : Auto 

Brightness Value     : 5.97 

Max Aperture value : f/2.6 
White balance          : Auto 

Medium close up merupakan teknik pengambilan gambar dengan ruang pengambilan di antara medium shoot dan close up. Medium close up untuk figura biasanya diambil daripada bahagian dada ke atas. Teknik ini mampu menangkap ekspresi wajah dengan lebih jelas. 



LONG SHOOT FOKUS (FOKUS JARAK JAUH)























Date created             : 08/15/2013 4:26:25 pm 

Date Modified           : 25/02/2015 12:12:14 pm 

Dimension                : 3264 x 2448   
Resolution                : 72ppi 

Iso                             : 50/200 

Exposure mode       : Auto 

Brightness Value     : 5.97 

Max Aperture value : f/2.6 
White balance          : Auto

Teknik pengambilan gambar ini digunakan untuk memperlihatkan figura seseorang secara keseluruhan dimana seluruh subjek akan dapat dilihat. Fungsi teknik ini adalah untuk mengambil gambar subjek dan lingkungan latar belakang. Penumpuan gambar terfokus kepada subjek dan ruang. Teknik ini adalah yang biasa digunakan jurugambar untuk mengambil gambar sesuatu aktiviti subjek


FRAMING 


















Date created             : 08/15/2013 4:26:25 pm 

Date Modified           : 25/02/2015 12:12:14 pm 

Dimension                : 3264 x 2448   
Resolution                : 72ppi 

Iso                             : 50/200 

Exposure mode       : Auto 

Brightness Value     : 5.97 

Max Aperture value : f/2.6
White balance          : Auto 

Gambar yang diambil dengan komposisi ini memerlukan beberapa elemen tambahan yang akan dijadikan subjek merehatkan mata. Subjek utama akan di fokuskan di bahagian tengah, manakala unsur subjek tambahan akan memenuhi bahagian tepi di sekeliling gambar sehingga kelihatan seperti bingkai. Fungsi ini bertujuan untuk mengelakkan gambar dipenuhi dengan ruang kosong.



 PERSPEKTIF

 

















File name                  : Rule of third.jpg 
Date created             : 08/15/2013 4:26:25 pm 
Date Modified           : 25/02/2015 12:12:14 pm 
Dimension                : 3264 x 2448  
Resolution                : 72ppi 
Iso                            : 50/200 
Exposure mode        : Auto 
Brightness Value      : 5.97 
Max Aperture value : f/2.6 
White balance           : Auto

 Komposisi ini melibatkan penggunaan ruang sempit dan ruang luas dalam menghasilkan satu bentuk pemandangan berbentuk perspektif. Teknik komposisi ini digunakan jurugambar untuk mengambil satu bentuk pemandangan jarak dekat dan jarak jauh dalam satu gambar. Gambar juga akan keilihatan mempunyai penghujung dalam satu-satu subjek.

PANNING   














File name                  : Rule of third.jpg 
Date created             : 08/15/2013 4:26:25 pm 
Date Modified           : 25/02/2015 12:12:14 pm 
Dimension                : 3264 x 2448  
Resolution                : 72ppi 
Iso                            : 50/200 
Exposure mode        : Auto 
Brightness Value      : 5.97 
Max Aperture value : f/2.6 
White balance           : Auto

Menghasilkan gambar bergerak adalah satu teknik yang biasa digunakan ketika mengambil gambar aktiviti sukan. Pemfokusan tertumpu kepada subjek dengan gambar latar belakangnya kelihatan kabur. Teknik akan membuatkan subjek seolah-olah bergerak dalam keadaan yang sangat laju walaupun subjek yang diambil hanya bergerak perlahan. Teknik ini adalah satu teknik fotografi yang digunakan untuk menghasilkan satu kesan khas motion blur pada gambar.

FREEZING 












File name                  : Rule of third.jpg 
Date created             : 08/15/2013 4:26:25 pm 
Date Modified           : 25/02/2015 12:12:14 pm 
Dimension                : 3264 x 2448  
Resolution                : 72ppi 
Iso                            : 50/200 
Exposure mode        : Auto 
Brightness Value      : 5.97 
Max Aperture value : f/2.6 
White balance           : Auto

Freezing adalah teknik pembekuan subjek yang sedang bergerak laju. Contohnya membekukan air yang terpercik dan gambar akan kelihatan seperti masa sedang dihentikan. Teknik freezing akan memberi kesan khas yang sangat menarik kerana keseluruhan subjek utama dan subjek sampingan akan kelihatan membeku ketika gambar diambil.

SIMETRI 

 










File name                  : Rule of third.jpg 
Date created             : 08/15/2013 4:26:25 pm 
Date Modified           : 25/02/2015 12:12:14 pm 
Dimension                : 3264 x 2448  
Resolution                : 72ppi 
Iso                            : 50/200 
Exposure mode        : Auto 
Brightness Value      : 5.97 
Max Aperture value : f/2.6 
White balance           : Auto

Simetri adalah teknik biasa dalam pengambilan gambar iaitu dengan cara memfokuskan subjek di tengah-tengah gambar. Teknik ini adalah bertujuan untuk memberi keseimbangan yang tepat pada gambar. Samaada subjek yang diambil figura atau pemandangan, fokus subjek adalah berada ditengah gambar, prinsip keseimbangan perlu diaplikasikan dengan baik untuk mendapatkan susunan subjek dan latar yang kemas dan seimbang.

PENGURUSAN PEMBELAJARAN BLOG MELALUI MODEL ASSURE


Teknologi maklumat bersifat global dan sentiasa berkembang dengan pesatnya. Blog, web dan media sosial juga adalah satu contoh teknologi yang sedang melalui era perkembangan. Dengan kemudahan capaian talian internet dan kemudahan untuk membangunkan blog secara percuma, teknologi ini banyak digunakan dalam bidang pendidikan. Memang tidak dapat dinafikan teknologi ini mempunyai potensi yang besar dalam sistem pendidikan pada masa kini. Namun kehadiran teknologi ini tidak mencukupi tanpa mempraktikannya. Dengan menggunakan bahan bantu belajar dan mengajar yang efektif, guru boleh mengaplikasikan kecanggihan teknologi dalam bilik darjah. Guru juga perlu mempunyai kemahiran untuk menilai, memilih, mengolah dan melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan teknologi secara berkesan. Perancangan yang teliti adalah perlu kerana kelebihan dan kecanggihan teknologi ini tidak terletak pada teknologi itu sendiri, tetapi bergantung kepada kreativiti dan usaha guru itu sendiri untuk menjadikan teknologi itu dapat memberi impak yang cemerlang dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Dalam bidang pendidikan penggunaan blog sering menimbulkan pelbagai polemik yang diperdebatkan, ini kerana dalam dunia teknologi maklumat pada masa kini, kita sering dihujani dengan pelbagai maklumat yang begitu banyak. Dengan kemudahan untuk mengakses talian dan menyalurkan maklumat kedalam blog tanpa kawalan daripada pihak tertentu, kadangkala kesahihan maklumat yang disalurkan tidak dapat dipastikan. Pengguna bebas untuk menggunakan blog dan menyalurkan maklumat tanpa batasan. Amat penting bagi kita untuk menguruskan maklumat-maklumat ini supaya ianya dapat memberi kepentingan kepada kita. Jika tidak maklumat ini tidak dapat digunakan untuk kebaikan dan tidak dapat memberi apa-apa manfaat kepada kita. Selain itu amalan plagiat maklumat dalam blog turut memberi impak buruk terhadap pengguna teknologi, kesan daripada amalan plagiat ini akan menyebabkan wujudnya pertindihan maklumat dan membuatkan pengguna lain keliru tentang kesahihan maklumat yang disampaikan. Pendedahan kepada murid tentang penggunaan teknologi internet ini perlu dibuat pada peringkat awal untuk mengelakkan salahguna teknologi yang akan memberi kesan buruk pada masa akan datang.

Dalam bidang pendidikan, tiada batas yang ditetapkan terhadap kreativiti guru untuk mengolah bahan bantu mengajar yang dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan teknologi di dalam bilik darjah amat digalakkan seiring dengan kecanggihan teknologi maklumat pada masa kini. Penggunaan teknologi blog dilihat mempunyai kebaikan dan juga keburukan terhadap proses pembelajaran murid, namun guru perlu menggunakan kemahiran dan kreativiti untuk memastikan pembelajaran murid melalui blog dapat mencapai objektif yang ditetapkan dan mengurangkan risiko keburukan terhadap penggunaan blog. Sebagai asas dan panduan kepada guru, model reka bentuk ASSURE boleh digunakan sebagai panduan untuk guru mengendalikan pengajaran yang melibatkan penggunaan media. Penyesuaian ini dapat dilakukan berasaskan model reka bentuk tersebut bagi memilih dan menggunakan media pengajaran secara umum. Terdapat enam langkah penting dalam model Assure yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Perancangan pengajaran yang rapi dan tersusun akan menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan berkesan. 
Berdasarkan model Assure, enam langkah utama adalah merangkumi perkara berikut:

A - Analyze learner (menganalisa murid)
S – State objective (menyatakan objektif)
S – Select method  (memilih kaedah, media dan bahan sumber pengajaran)
U - Utilize media and material
R – Require learner perticipation (memerlukan penglibatan murid yang aktif)
E – Evaluate and revise (Penilaian dan penambahbaikan)

Saya telah membangunkan sebuah blog dengan memasukkan 10 keping gambar yang telah saya rakam dengan menggunakan kemahiran teknik dan komposisi fotografi didalam blog tersebut. Subjek utama dalam gambar tersebut adalah figuratif seorang kanak-kanak, gambar ini dirakam bagi tujuan pembelajaran yang berkaitan dengan mata pelajaran pendidikan seni. Saya juga menggunakan teknologi blog sebagai landasan dimana blog tersebut akan digunakan untuk membantu proses pembelajaran murid. Namun sebelum memulakan pengajaran, saya menjadikan model Assure sebagai panduan bagi saya merancang strategi dan bentuk pengajaran. Sebelum memulakan pengajaran, langkah pertama yang perlu dibuat mengikut model assure ialah membuat analisa terhadap setiap murid didalam kelas. Perkara ini amat penting kerana melalui analisa ini saya dapat mengenali dan memahami ciri-ciri murid, tahap pengetahuan berkaitan penggunaan teknologi dan internet, pengalaman sedia ada dan gaya pembelajaran murid kerana setiap murid mempunyai tahap yang berbeza di antara satu sama lain. Maklumat-maklumat melalui analisa ini boleh dibuat melalui pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran, soal jawab secara santai bersama murid, serta temubual bersama ibu bapa penjaga. Maklumat daripada analisa ini perlu diberi perhatian sebelum menggunakan blog sebagai media pengajaran dan pembelajaran murid. Misalnya murid yang berasal daripada keluarga yang berkemampuan sudah pasti mempunyai kemudahan teknologi dan talian internet di rumah berbanding murid yang tidak berkemampuan. Secara tidak langsung wujud perbezaan berkaitan pengetahuan murid terhadap penggunaan teknologi. Penggunaan blog akan memberi kelebihan kepada murid yang lebih berkemampuan. Namun bagi mengatasi masalah perbezaan ini, kita boleh menyediakan kemudahan capaian internet kepada murid yang tidak berkemampuan di luar waktu sekolah, contohnya membuat kelas tambahan di bilik multimedia di sekolah. Maklumat analisa murid sanga penting kepada guru dalam menentukan bentuk media pengajaran yang akan digunakan, selain daripada menyediakan kelas berbentuk pemulihan dan pengukuhan kepada murid melalui media yang telah dipilih.

Setelah analisa dibuat untuk mengetahui tahap, pengalaman dan kemampuan murid menggunakan teknologi, langkah seterusnya ialah menyatakan objektif pengajaran yang hendak dicapai terhadap pembelajaran melalui blog. Objektif pembelajaran tetap perlu diambil daripada sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh kementerian pelajaran malaysia, manakala objektif penggunaan blog hanyalah sebagai bahan bantu mengajar yang diolah dalam bentuk teknologi multimedia. Ketika merancang objektif, penelitian terhadap tingkahlaku murid perlu diberi perhatian kerana sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, perubahan tingkah laku murid adalah keutamaan dalam mencapai objektif yang ditetapkan. Objektif ini perlu ditetapkan dengan jelas dan boleh dilihat perubahan tingkah laku serta dapat dicapai. Sebagai contoh, sebelum pengajaran saya telah menetapkan objektif pengajaran bahawa murid dapat memahami elemen prinsip seni yang terdapat didalam gambar dari blog yang telah dibangunkan. Selain itu saya juga menetapkan objektif agar murid dapat memahami cara untuk mengakses blog yang telah disediakan, objektif ini bertujuan untuk memberi peluang kepada murid membuat pengukuhan dan ulangkaji sekiranya mempunyai kemudahan internet di rumah.

Aturan ketiga dalam model Assure ialah Select method yang membawa maksud memilih kaedah, media dan bahan sumber pengajaran. Bagi langkah ini saya perlu memilih kaedah dan bahan yang bersesuaian dengan pembelajaran pendidikan seni visual. Pemilihan gambar serta subjek perlu bertepatan dengan objektif yang telah ditetapkan. Keupayaan murid, kumpulan serta objektif perlulah bersesuaian dengan konsep media yang dipilih. Pemilihan gambar serta subjek yang dimasukkan ke dalam blog perlu diubahsuai untuk menghasilkan sumber pengajaran dan pembelajaran dimana bahan sumber merujuk kembali kepada fokus dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan subjek perlu menarik bagi merangsang minat murid untuk melibatkan diri secara aktif.

Langkah keempat adalah satu bentuk penilaian guru terhadap media yang akan digunakan dalam pengajaran samaada memberi rangsangan yang baik atau sebaliknya. Utilize media and material ialah menggunakan bahan dan media. Saya perlu menyemak dan mengkaji samaada bahan sumber yang saya akan gunakan sesuai dengan persekitaran bilik darjah. Contohnya penggunaan blog dalam pengajaran di bilik darjah, saya perlu memastikan kesesuaian persekitaran dengan penggunaan projektor di tempat terbuka yang akan membataskan penglihatan murid. Saya perlu menyesuaikan alatan yang akan digunakan dengan persekitaran. Dalam aspek menyelesaikan masalah penggunaan bog saya, pembelajaran boleh dilaksanakan di tempat tertutup contohnya di bilik khas sekolah seperti bilik tayangan, bilik multimedia dan sebagainya.

Require learner participation adalah langkah kelima dalam model assure iaitu merancang sesuatu aktiviti pengajaran yang akan menarik minat murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan subjek yang menarik dan bersesuaian dengan minat murid akan lebih menarik minat murid. Saya perlu membuat penambahbaikan blog yang dihasilkan dengan memasukkan elemen-elemen multimedia seperti animasi atau lagu yang akan merangsang minat murid. Animasi kartun semasa yang diminati oleh murid seperti upin ipin mungkin boleh digunakan sebagai penghias blog. Animasi kartun yang disesuaikan dengan subjek gambar akan mencetuskan perbincangan dikalangan murid. Lagu-lagu popular dikalangan murid juga boleh dimasukkan sebagai bunyi latar ketika proses pengajaran dan pembelajaran agar keselesaan dapat diwujudkan dalam persekitaran pembelajaran. Ini sekaligus dapat memudahkan saya untuk menilai tingkah laku dan pemahaman mereka terhadap pembelajaran dalam langkah yang seterusnya. Saya juga boleh merancang pembelajaran secara koperatif untuk meningkatkan keseronokan murid melalui perbincangan mereka.

Langkah terakhir dalam model Assure ialah penilaian dan pengubahsuaian iaitu Evaluate and Revise. Peringkat ini adalah satu perkara penting dalam sesuatu langkah kerana saya perlu mendapatkan maklum balas dan penilaian yang di buat oleh murid. Satu sesi refleksi perlu dijalankan bersama-sama murid untuk mendapatkan maklum balas terhadap pemahaman dan penguasaan pembelajaran yang baru di lakukan. Beberapa bentuk persoalan perlu digunakan dalam sesi refleksi untuk dibuat penilaian dan seterusnya pengubahsuaian. Saya perlu tahu dalam sesi ini, adakah objektif pengajaran saya dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan tercapai?. Saya juga perlu mengetahui, adakah media blog dan bahan sumber yang saya gunakan dapat membantu murid menguasai kemahiran? Persoalan-persoalan ini amat penting bagi saya mendapatkan maklumat yang teliti berkaitan objektif, bahan dan sumber serta tahap pencapaiannya dalam pengajaran saya. Melalui sesi ini juga saya dapat menilai kelebihan dan kelemahan serta kekuatan yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran saya, saya juga dapat membuat pengubahsuaian dan penambahbaikan bagi pengajaran dan pembelajaran seterusnya.

Tanpa perancangan yang lengkap dan sistematik, seseorang guru itu tidak akan dapat mencapai objektif dalam penggajaran. Semua guru yang melaksanakan tugas mereka dengan jujur dan penuh minat akan sentiasa memikirkan apa yang perlu dilakukan dan bagaimana mereka merancang untuk melaksanakannya. Justeru itu, Proses Pengajaran dan Pembelajaran perlu dirancang dengan teliti untuk memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran yang dirancang tercapai. Setiap strategi dalam pengajaran memerlukan guru membuat perancangan baik dari aspek penggunaan mahupun aplikasi murid. Penggunaan blog sebagai bahan bantu mengajar satu aplikasi teknologi yang baik kepada murid kerana murid dapat mempelajari perkara berkaitan dengan teknologi di sekolah, serta dapat membuat pengukuhan di rumah sekiranya mempunyai kemudahan capaian internet dirumah dengan bimbingan ibu bapa penjaga. Bimbingan ibu bapa amat perlu untuk memastikan masalah penyalahgunaan teknologi dapat dielakkan. 

Model ASSURE boleh digunakan untuk membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran blog dalam bilik darjah kerana hanya dengan perancangan pengajaran yang berkesan membolehkan murid memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan disamping mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan rasa hormat mereka terhadap guru sekaligus membantu membina disiplin yang positif melalui proses pengajaran yang sistematik dan menarik. Penjelasan di atas jelas menunjukkan bahawa Model Rekabentuk ASSURE mengandungi elemen-elemen penting yang boleh dijadikan satu panduan untuk merancang pengajaran agar matlamat utama yang diharapkan dari pengajaran tersebut dapat dicapai. Melaluinya juga guru dapat mengintegrasikan ketiga-tiga aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu yang perlu dilakukan secara berterusan untuk melahirkan murid yang berfikiran kritis dan kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi seperti yang dikehendaki dalam Falsafah Pendidikan Negara